Latar Belakang

Website atau Laman iamcly.com ini secara rasminya saya lancarkan pada 1 Disember 2011 (nombor menarik tau – 1-12-11). Dalam post awal saya telah beritahu usaha-usaha yang saya buat untuk mendapatkan domain ini. Domain iamcly.com dimiliki oleh individu lain dari negara China, tetapi dia tidak meneruskannya dan memberi peluang kepada saya untuk memilikinya. Domain ini sangat menarik dan saya meminatinya.

Kenapa domain iamcly.com? Sebab utama ialah ‘cly’ adalah nama panggilan mesra saya sejak saya belajar di sekolah lagi hingga ke universiti dan masuk dalam alam pekerjaan. Sudah menjadi identiti dan kebanggaan saya apabila memiliki domain yang sesuai dengan kemesraan saya. Laman iamcly.com tujuan utamanya ialah tempat saya ber-blog secara bebas di alam maya ini.

Saya ada akaun blog di blogspot.com sebelum ini tetapi tidak memberi kepuasan kepada saya. Saya juga memiliki beberapa laman / web lain (website utama saya), tetapi ia bukanlah dikhususkan untuk berblog atau tempat sya berceloteh! bagi saya, saya mahu sesuatu yang lebih bebas dan khusus. Hal ini kerana saya memang suka berblog! Justeru itu, saya harus memiliki satu domain yang saya kawal 100%.


About Me

  • Nama : Cly J.G.  ( icon dalam cyberspace ialah ‘Mogiumtusin Cly‘ )
  • Asal : Papar, Sabah (MY) – Keningau – Tambunan – Sabah
  • Jobs : Pendidikan – rujuk sini untuk inovasi saya.

Anda boleh menghubungi saya melalui alamat berikut;

Cly Mogiumtusin
89008 Keningau,
Sabah, MALAYSIA
Email: admin @ iamcly.com – Sila buang ‘space’ di antara ‘@’ – untuk elakkan spam

Atau sila ke bahagian Contact Form untuk berhubung dalam talian!