Hampir sebulan lepas, sya ada publis di FB sya tentang demo sya dalam forex. Kalau ikutkan screen shoot sya tu, memang menarik sekali hasilnya.

Sya sebenarnya ‘rindu’ sangat dengan trading forex ini; maklumlah ia adalah darah daging sya masa dulu-dulu lagi (sejak tahun 2005 hingga 2009/10). Sya sudah lama tidak trading kerana sangat sibuk dengan pelbagai hal.

Tetapi baru-baru ini, ‘passion’ sya itu mengenggam minda sya untuk menyelongkar kisah-kisah trading lampau sya. Sya kembali membaca asas-asas platform forex, termasuklah teknikal analisis dan fundamental analisis; forex management dan macam2 lagi. Sya fikir, sya perlu me’recall’ semula segala pengetahuan sya dulu dalam forex dan gold. Banyak pula benda kena tahu.

Sya juga pegi ke forum-forum forex antarabangsa; juga nota-nota sya dulu-dulu. Nasib baiklah benda-benda ini ‘mudah’ bagi sya kerana sya minat sangat dalam bidang ini. Yalah, kalau soal BUY low, SELL high tu macam perkara biasa dalam forex (macam juga dengan istilah-istilah seperti bullish, bearish, pips, leverage, atau indikator2 dalam platform trading forex – semuanya mudah bagi sya…heheheh…)

Kemudian, sya activate semula akaun sya dan memulakannya dalam demo (di InterbankFX cawangan Australia). Sya menggunakan teknik sya dulu. Kemudian sya aplikasikan pengetahuan sedia ada dengan kemahiran semasa; khususnya pemahaman sya tentang trend pairs matawang masa kini. Macam sya katakan, semuanya m’mudah’ bagi sya sebab sya pernah ‘berurusan’ dengan benda2 ni dulu.


Kegemaran pairs matawang sya sama seperti dulu:- EURUSD, GBPUSD, EURGBP dan GOLD. Nampaknya demo pertama sya untuk kali ini masih lagi ‘trend’ yang menggalakkan.
Lepas itu, sya buka lagi demo dengan nilai yang sedikit (kerana sya cadang2 nak buka nilai yang mini saja….). Seperti biasa, cara trading sya macam ‘itu-itu saja’. Hasilnya, dalam paparan screenshoot di bawah ni.

Yes, kemahiran ini tidak luput atau hilang rupa-rupanya! Adakah sya sudah bersedia untuk trading forex / gold lagi seperti zaman kegemilangan dulu? Adakah ‘masa’ sya sekarang mencukupi untuk trading dalam forex lagi?
Ahhh…nantilah sya fikirkan… (dalam hati: ‘akan datang….’)

hahahah….