Sya tidak tahu apa tajuk yang sya mau post sekarang ini sebab sya mau gabungkan semua itu dalam satu post sya sekarang!

Sya ada 12 website dan berpuluh-puluh blog (yang tidak kena update). Hanya 3-5 saja dari laman sya ini sya update sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Salah satu website sya sudah PR3, yang selebihnya PR2, PR1 dan PR0 (tidak tersenarai).

Bagaimanapun website sya yg PR2 ini sudah menunjukkan ciri-ciri cemerlang. Sya check dalam akaun hitstats tadi, rupa-rupanya pengunjung website sya ini lebih daripada 2800 unik visitors sehari! Itu baru satu website! Usia web ini baru mencapai satu tahun lebih, tetapi trafficnya sangat memuaskan sya!

 Ini adalah traffic website sya yang sya maksudkan itu

Jumlah peningkatan pelawat website sebenarnya ‘peningkatan’ pendapatan sya juga dalam online ni. Saya ada akaun adsense, infolink, bidvertiser, kontera, linkbucks dan macam-macam lagi yang sya letakkan dalam web-web sya. Adsense dan infolinks sya gabungkan dalam web utama sya, manakala yg bidvertsier, linkbucks dan lain2 affiliat sya letakkan di web lain yg berasingan.

Apabila 5 daripada website sya ini mempunyai pelawat yang ramai, maka ia merupakan pendapatan sampingan sya. Walaupun tidak banyak, tetapi ‘side income’ yang sya perolehi ini boleh sya gunakan untuk membayar sewa domain, hosting dan streamyx / broadband sya.

So, berapa sebenar purata dapatan sya sehari (dlm dollar U$D)? Soalan ini pernah seorang kawan sya tanya sama sya. Pada awal tahun 2012, sya ada postkan perolehan online sya sebulan (termasuklah semua affiliate).  Setelah hampir 10 bulan; ada jugalah sedikit peningkatan.

Terdapat 6 sumber side income dlm online sya yang tetap sekarang iaitu adsense, infolinks, bidvertsier, linkbucks, kontera dan chitika. Bagaimanapun, terdapat juga sumber affiliate lain yang tidak menentu. Di bawah adalah purata harian bagi setiap ‘aktiviti’ sya ni. Ia adalah PURATA HARIAN;

  • Adsense : USD 13.68
  • Infolinks : USD 1.88
  • Bidvertsier : USD 2.45
  • Linkbucks: USD 0.956
  • Kontera : USD 0.25
  • Chitika : USD 0.11
  • Lain-lain (affiliate / advertisment): USD 1.50
  • Jumlah purata harian: Sekitar USD 20.826.

 

Di bawah ini adalah beberapa screenshoot sya bagi beberapa akaun sideincome sya itu. Bagi sya, itu semua berlaku kerana pertambahan traffics atau pelawat ke atas laman-laman sya. Misalnya, salah satu website sya yang mempunyai pelawat lebih 2000 orang telah menjana pendapatan adsense sya melebihi USD 5.00 (yang sya perolehi masa dulu2). Sebab tu sya katakan kalau ‘Traffics website meningkat’  maka ‘meningkatlah juga $$$!’

Adios….


Income adsense

Income Bidverstier

Income Infolinks

Income Linkbucks