Odoiii…pada mulanya sangat rajin dan bersemangat tinggi; sekarang turun sudah balik semangat untuk update website sya yang satu ini. Sebab itulah, jarang-jarang sya ada post di sini. Kata orang, sikap malas itu sudah menyerang sya sekarang – hasilnya banyak idea sya mencurah-curah terabai macam itu saja!

Kata orang juga, sya ini ‘banyak’ melakukan benda pada mulanya, tapi akhirnya tidak mampu melaksanakannya. Memang benar. Saya akui….saya banyak buat website; dari web untuk upload-download pelbagai perkongsian files dalam internet, juga buat laman tentang forex dan pelaburan, studio, motivasi, laman berita alternatif, laman pendidikan dan macam-macam lagi.

Sya akuinya sebab sya ada 12 website sekarang, tetapi hanya 3 saja daripadanya sya update sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Yang lain2 tu, kadang-kadang saja – termasuklah laman iamcly.com ini! Apabila keadaan terlalu banyak yang perlu ‘ditanggung’, akhirnya tumpuan kepada perkara lain tergendala; kemudian sikap malas terus melanda. Inilah jadinya!

Itu baru pasal website / blog2, belum lagi soal tanggungjawab sya di sekolah! kalau yg guru tu faham-fahamlah.Lebih-lebih lagi kalau sekarang ni sudah musim peperiksaan awam bagi pelajar-2 sya; pelajar2 sya di tingkatan 6 atas ada STPM sistem terminal tahun ini; sementara pelajar2 sya di tingkatan 6 rendah (pra-U Junior), akan berdepan dengan peperiksaan berpusat Penggal 1.


Sebab tu, banyak masa sya gunakan untuk membantu mereka dalam pembelajaran, maka masa-masa yang terluang untuk update laman ini semakin berkurangan! Bagi menambah maklumat mereka, maka web pendidikan sya di www.edidik.com terpaksa sya sentiasa update – dan itu menggunakan ‘masa’ yang sepatutnya sya gunakan untuk lain! Nah, sapa suruh kan???

Bagaimanapun, web iamcly.com ini bukanlah web utama sya; sebabtu keadaannya memang macam ini – update pun kadang-kadang; malah jarang-jarang!