Daily news of Sementa – Week 13, 2012! Dari 02/04/2012 hingga 05/04/2012.

Guru bertugas pada minggu ini di Sementa ialah En. Johnny Justinus, En. Lorain & Puan Jamaliah

Tidak sedar pula minggu ni masuk minggu ke-13 dalam sesi persekolahan 2012! Minggu ini juga sudah masuk ke bulan April!

Isnin (02/04/2012);

Sesi persekolahan seperti biasa. Proses P&P seawal 6.40 am hingga 8.40 am, kemudian Perhimpunan Rasmi sebelum bersambung rehat 1 sehingga jam 10.10 am.

Dari jam 10.10 am hingga 12.50 pm dan 1.20pm hingga 2.40 pm adalah proses P&P seperti biasa.


Bagaimanapun, sedikit sibuk juga hari ni sebab banyak aktiviti akademik dan kokurikulum dilaksanakan.

Selasa (03/04/2012);
Proses P&P juga berjalan seperti biasa. Terdapat beberapa aktiviti sokongan akademik di DAG iaitu pertandingan Kompang. Sya juga menghadiri mesyuarat pelaksanaan pertandingan puisi berirama peringkat Daerah Tambunan pada jam 10.10 pagi di Bilik Conference (maklumlah, Sementa adalah menjadi host penganjur – tuan rumah la ni).

Pada sebelah petang, terdapat perjumpaan unit-unit beruniform (kokurikulum) pada jam 2.00 pm hingga jam 4.00 pm. Sibuk-sibuk pun, ada juga perjumpaan pula ni!

Untuk Rabu (Esok 04/04/2012), dijangka beberapa aktiviti bakal dilaksanakan. Malas sya nak update sini esok. Telah dimakklumkan bahawa esok adalah hari terakhir persekolahan dalam minggu ke-13 ini, sebab Sementa telah mengambil hari Khamis nanti (05/04/2012) sebagai cuti Hari Peristiwa; sementara pada hari Jumaat nanti adalah cuti umum (Good Friday).

Adios all…