Sabtu dan ahad (31/03 dam 01/04) kali ini sya ke kebun sawit saya di Sook dan menikmati suasana malam dengan tidur di sana.

Pada hari sabtu saya hanya sempat ‘menabur baja’ di hampir separuh kawasan sawit tu. Lepas tu, sya ‘membakar’ beberapa tompok ‘pengumpulan’ pokok/semak kering supaya ia bersih.

Saya bercadang menggunakan mesen Case sya untuk membuat laluan ke sudut-sudut kawasan sawit sya, tapi terpaksa dibatalkan kerana kawasan tanah yang becak dan licin.

Malamnya, selepas makan, sya ‘buka’ laptop dan menonton beberapa movie untuk menghiburkan diri. Saya menggunakan portable elektrik system yang sya buat sendiri (menggunakan battery dan inverter). Lepas tu lebih kurang jam 10.00 malam sya tidur….


Pada pagi ahadnya, sya ‘mangkir’ sembahyang (hehehe….siou). Sya menggunakan masa pagi untuk ‘memoom’ kawasan kelapa sawit. Sya menggunakan ‘genarator’ khas untuk memoom; dan sya berjaya menghabiskan lebih kurang 5 tong dalam masa lebih kurang 2 jam. Hanya lebih kurang sepertiga kawasan sawit saya berjaya saya ‘poom’ racun. Lepas tu sya berhenti… Ok la tu…

Sya sempat mengambil beberapa ‘shoot’ gambar, di bawah adalah sebahagiannya. Adios…