Minggu ini adalah minggu ke-12 (M12) dalam persekolahan sesi 2012; iaitu dari 26/03/2012 (Isnin) hingga 30/03/2012 (Jumaat)

Terdapat beberapa aktiviti utama yang berlangsung di Sekolah ini atau sekurang-kurangnya sekolah terlibat dalam penganjuran.

Antaranya (yang saya turut terlibat atau menjadi pemerhati) ialah;

  • Kejohanan Bola Sepak Daerah Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun (di Kompleks Sukan Tambunan – saya terlibat sebagai AJK Sijil) pada Isnin dan Selasa
  • Kejohanan Bola Keranjang Zon Pedalaman bertempat di Dewan DAG, SMK Tambunan pada Selasa dan Rabu
  • MSSS di Kompleks Sukan Keningau (beberapa guru dari sini terlibat) pada Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat
  • Latihan ‘Kecemasan – kebakaran’ pada pagi Jumaat (8.50 pagi)
  • Mesyuarat Agung Koperasi SMK Tambunan pada jam 10.10 pagi hingga 12.10 tengah hari (Jumaat)

Pada hari-hari persekolahan Isnin hingga Jumaat; proses P&P adalah seperti biasa. Petang hari Selasa (27/03/2012) – perjumpaan KOKUM ialah Sukan dan Permainan. Pada pagi Rabu 28/03/2012 sekitar jam 6.40 pagi hingga 7.40 pagi ialah aktiviti ‘Paganakan 2012′ (nilam). Hari-hari lain adalah seperti biasa.


Untuk tambahan, minggu ini Tuan pengetua tidak ada di sekolah dari Selasa hingga Jumaat kerana terlibat dengan pelbagai mesyuarat.

Gambar di bawah: koleksi pasukan bola jaring dari sekolah rendah daerah Keningau