Minggu ke-11 (19/03/2012 hingga 24/03/2012); merupakan persekolahan awal selepas Cuti Pertengahan Semester 1 lepas.

Minggu ini adalah minggu yang biasa saja – proses P&P dilaksanakan seperti biasa. Saya gabungkan dalam ‘Sementa News’ ini aktiviti-aktiviti yang dilakasanakan, iaitu;

  • Proses P&P seperti biasa – Isnin hingga Jumaat.
  • Perjumpaan Kokurikulum Hari Selasa (Jam 2.00pm – 4.00pm) yang melibatkan AKAL
  • Perjumpaan Paganakan (nilam) pada Hari Rabu (jam 6.40 am hingga 7.40 am)
  • Penerimaan keputusan rasmi SPM 2011 di Dewan DAG pada hari Khamis (bermula jam 10.00 am)
  • Mesyuarat Ringkas AJK Daerah Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 tahun di Conference Room (pagi Jumaat)
  • Mesyuarat Agung PIBG 2012 pada hari sabtu (24/03/2012)

Semasa ‘morning pray’, beberapa maklumat penting yang diberitahu oleh pentadbir iaitu;

  • Sila kemaskini maklumat dalam e-operasi online berdasarkan edaran yang diberikan oleh Pn Jane. Tarikh akhir ialah 23 Mac (Jumaat). PERHATIAN SEMUA GURU!
  • Sila kemaskini status merit murid yang membalut buku teks dan mencapai gred A dalam Ujian PPP1 (Unit HEM).
  • Sila key in Markah Ujian 1 . Tarikh akhir hari ini !
  • Hari Sabtu(24/3/2012) merupakan mesyuarat PIBG dan semua guru adalah WAJIB HADIR!. Guru yang tidak hadir akan menjadi AJK tertinggi.

KEPUTUSAN SPM 2011
Bagaimana keputusan SPM SMK Tambunan pada tahun lepas? Berdasarkan rumusan GPS , ada peningkatan dan pelajar cemerlang kali ini mendapat 8A dari kelas 5 Cerdik. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya!


MESYUARAT AGONG PIBG BIL: 1 2012
TARIKH : 24/3/2012
MASA: 8:00-12:00 PM
TEMPAT: DEWAN ANTHONY GIBUN, SMK TAMBUNAN
KEHADIRAN: IBUBAPA DAN GURU