Masa cuti-cuti sekolah ni, macam-macam perkara sya buat, maklum lah, ada seminggu cuti bah ni. Hari sabtu lepas (10/mac/2012), sya dan family rayakan ulang tahun pertama putri ke-2 sya! Lepas tu rehat beberapa hari….

Bagaimanapun, sya gunakan 2 hari juga untuk menjenguk-jenguk itu kebun kelapa sawit saya sana Sook!.

Pada hari pertama, sya menggunakan mesen sya tu (check sini tentang Case Backhoe sya..), untuk membersihkan barisan-barisan sawit sya.

Hampir lima jam saya gunakan masa! Seronok pula menggunakan mesen ini, sekejap saja sudah siap kawasan yang luas!

Hari ini (16/Mac/s012), saya pegi lagi sana kebun sya!


Sya menggunakan mesen yang sama untuk membersihkan beberapa kawasan sawit sya, mungkin dalam 2 jam saja! Lepas itu, sya menghabiskan satu karung 50 kg untuk menabur baja sawit supaya ia menjadi hijau dan subur!

Hampir jam 4.00 petang baru selesai! Hahaha… seronok pula kalau sekali-sekala pegi kebun ni, dapat menyihatkan badan!