Untuk Minggu ke-10 (04/03/2012 hingga 09/03/2012).

Minggu ini adalah minggu peperiksaan PPP1 (Pertengahan Penggal 1) peringkat sekolah.

Pada hari Isnin (04/Mac/2012) dan Selasa (05/Mac/2012); proses P&P dan ulang kaji bagi para pelajar.

Rabu (06/Mac/2012); peperiksaan PPP1 bagi Tingkatan 4, 5 dan 6 Atas. Kelas-kelas lain adalah masa untuk ulangkaji. Kemudian, untuk hari Khamis dan Jumaat, semua kelas melaksanakan PPP1 di kelas masing-masing.

Pada hari khamis, proses penyerahan slip keputusan STPM 2011 kepada pelajar2 lepasan STPM di Sementa tahun lepas. Secara keseluruhan, keputusan STPM 2011 kami tahun lepas telah merosot sedikit.

Mata pelajaran di bawah panitia saya – Pengajian Am – telah merosot juga bersama-sama dengan kebanyakan subjek lain. Bagaimanapun, tahun lepas saya tidak mengajar mana-mana subjek tingkatan 6 atas; so tekanan pada saya agak kurang juga la… :)


Preview Result STPM 2011
Calon-calon stpm 2011 boleh mengambil slip peperiksaan di pejabat sekolah bermula hari ini (khamis).

Pelajar terbaik STPM 2011
1. Betsy Sigoh
2. Arnold Junil

Subjek
1. Pendidikan Seni Visual (2.67)
2. Computing (2.41)
3. Sains Sukan (2.13)

Syabas & Tahniah. Usaha tangga kejayaan!