Sebelum sya mau post ‘keyword’ yang paling mahal dibayar oleh adsense, sya mau update sedikit tentang kes adsense sya yang kena sebotaj tu.

Setakat sekarang, belum ada apa-apa makluman negatif dari Google Adsense, malahan saya sudah mendapat nombor pengeluaran melalui Western Union untuk mengambil cash adsense sya yang sebanyak USD$616.78 minggu ni. Terima kasih buat google!

Ok, sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini, ‘keywords’ untuk google adsense khususkan bayaran Cost per click (CPC) tertinggi ialah dari Insurance iaitu sebanyak US54.91 per click!. Mahal tu!

Sudah lebih 3 tahun keywords dari insurance menduduki bayaran yang paling mahal bagi adsense utk CPC!

Untuk makluman semua, tahun lepas google adsense memperolehi USD33 bilion hasil dari pengiklanan melalui program Adsense!


Dan merangkumi itu, ada beberapa keywords dia yang paling mahal untuk setiap satu klik!  Di bawah ini adalah 20  ’keywords’ yang paling mahal dalam algorithm adsense, iaitu;

Keyword Cost Per Click
Insurance $54.91
Treatment $37.18
Loans $44.28
Attorney $47.07
Mortgage $47.12
Hosting $31.91
Rehab $33.59
Classes $35.04
Transfer $29.86
Recovery $42.03
Software $35.29
Claim $45.51
Trading $33.19
Lawyer $42.51
Donate  $42.02
Credit $36.06
Conference Call $42.05
Degree $40.61
Gas/Electricity $54.62
Cord Blood $27.80

Sebagai tips perkongsian tentang adsense: sekiranya website anda banyak mem-post-kan atau mempunyai content yang banyak tentang bidang-bidang di atas (keywords), potensi anda untuk mendapatkan iklan adsense yang ‘mahal’ adalah tinggi sekali.

Bayangkanlah sekiranya anda dalam sehari memperolehi jumlah click 10 dengan setiap satunya berharga USD$50.00, sudah tentu sehari anda berjaya memperolehi USD$500.00! Lumayan bukan….