Untuk minggu ke-9 (M9) kali ni saya rumuskan semua aktiviti yang dilakukan di Sementa (yang sya dapat catat la).

Minggu ke-9 (M9) merangkumi dari Isnin (27/02/2012) hingga Sabtu (03/03/2012). Hari sabtu merupakan hari gantian.

Isnin (27/02/2012);

Rutin harian adalah seperti biasa. Guru-guru menggunakan jadual P&P baru yang diluluskan pada 24/02/2012. Masa 6.40 am hingga 8.40am merupakan P&P pagi sebelum perhimpunan rasmi pada jam 8.40 am hingga 9.40 am.

Semasa perhimpunan, beberapa siaran rasmi dimaklumkan oleh guru-guru seperti;

  • Guru bertugas: En.Jaidi Karim(K), Cik Tracy, En. Jamil dan Pn. Tan
  • Tema: Adab ketika menuntut ilmu.
  • Amanat pengetua:
    1. Peperiksaan/Ujian 1 murid dikehendaki menyediakan kertas menjawab sendiri.
    2. Program Nilam Hari Rabu/Paganakan. Program ini diadakan setiap Rabu bermula 640 hingga 720 am. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 99 orang guru. Tujuan utama ialah untuk mengatasi masalah & isu perlaksanaan nilam dan sahsiah murid melalui kaedah mentor-mentee. Semua murid dan guru sila bersedia.
  • Lain-lain; Kokum minggu ini adalah Kelab Sukan & Permainan. Guru atau pengerusi kelab diminta agar menyediakan Rancangan Mingguan Ko kum.

Selasa (28/02/2012);
Proses P&P seperti biasa dari pagi hingga jam 2.00 petang. Pada sebelah petang bermula jam 2.00 petang, terdapat pertandingan kebahasaan peringkat sekolah. Juga pada jam 2.00pm, adalah perjumpaan KOKUM Kelab Sukan & Permainan

Rabu (29/02/2012);

Awal pagi bermula 6.40am hingga 7.20 am, terdapat Program Nilam (Program ‘paganakan’  mentor-mentee). Saya berada di kumpulan 18 dengan seramai 15 orang pelajar. Kemudian, selepas aktiviti ini proses P&P dalam kelas berjalan seperti biasa hingga jam 1.30 petang. Sebelah petang, beberapa pelajar dan guru terlibat dengan pertandingan pelbagai aktiviti bahasa peringkat sekolah.


Khamis (01/02/2012);

Proses P&P seperti biasa hingga jam 1.30 petang. Pada sebelah petang, beberapa pertandingan kebahasan peringkat sekolah dipertandingkan. Kali ini saya menjadi pengadil bagi pertandingan forum remaja (kategori Pra-u).

Jumaat (02/03/2012);

Proses P&P juga seperti biasa – biasalah ini semua rutin sebagai guru dan pelajar. Proses P&P pada hari jumaat ialah dari jam 7.00 pagi hingga 12.10 tengah hari (di tengah2nya ada rehat selama 30 minit).

Sabtu (03.03.2012);

Hari sabtu kali ini adalah hari gantian (kali ke-2) untuk cuti yang telah digunakan pada masa perayaan Tahun Baru Cina dahulu. Aktiviti kali ini ialah Program / Majlis Penangguhan Bulan Bahasa dan Program Serasi dalam Kelas.