Kali ini saya rangkumkan keseluruhan dalam post ini aktiviti-aktiviti (yang sya dapat catat) yang berlaku di Sementa sepanjang minggu ini (Minggu ke-8).

Selasa (21/02/2012);

Awal pagi sekitar jam 6.40am hingga 7.05 am, macasm biasa – ada ‘morning pray’ (perkongsian dari pentadbir dan guru2). Semasa morning pray, para pelajar berada di Dewan DAG untuk pelaksanaan persembahan akitivit EYS5. Akhirnya lewat masuk kelas sikit…

Proses P&P juga adalah seperti biasa sehinggalah jam 2.00pm (ada rehat di antaranya selama 2 kali). Jam 2.00pm hingga 4.00pm, terdapat perjumpaan unit-unit kokurikulum (Kelab akademik), dan diadakan pendaftaran semula keahlian.

Juga hari ini, ada Mesyuarat PIBG di Conference Room

 

Rabu (22/02/2012);

Proses P&P juga seperti biasa. Boss utama kami iaitu Tuan Pengetua dan PK1 kami tiada di sekolah pada kali ini kerana ada urusan rasmi di Keningau. So, PK Hem En. Markus yang mengurus sekolah. Hari ini adalah Hari rabu ‘Abu’. PK Hem telah menyusun rancangan aktiviti sekolah supaya lancar, iaitu;


  • Gotong-royong membersihkan kelas dari jam 7.00am hingga 7.30 am
  • Pelajar-pelajar Muslim ke Surau sekolah dari jam 7.30am-10.50 am untuk aktiviti keagamaan.
  • Pelajar-pelajar Kristian (khususnya RC), pergi ke Gereja (Kg.Tombotuon) dari jam 7.30am hingga 10.50 am untuk aktiviti keagamaan (Hari Rabu Abu)
  • Pelajar-pelajar lain (yang bukan termasuk dalam golongan ini) akan ditempatkan di Pusat Sumber dengan pengawasan guru.

Selepas aktiviti keagamaan, proses P&P seperti biasa.

Khamis (23/02/2012);

Rutin hari ini adalah seperti biasa – iaitu Morning Pray, Proses P&P, Rehat, Proses P&P dan rehat semula. Pada jam 1.40 petang, terdapat penyerhaan (serah tugas) fail-fail ULBS dan PLBS Bahasa Melayu dan BI dari guru-guru subjek berkenaan tahun 2011 kepada guru baru subjek tersebut bagi tahun 2012.

Semasa perhimpunan pagi hari ini (untuk pelajar-pelajar), PK Hem telah menahan kesemua pelajar lelaki dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 kerana bakal didenda atas perbuatan segelintir mereka yang merosakkan tandas.

Jumaat (24/02/2012);

Hari ini pun rutin seperti biasa ; morning pray, P&P, Rehat dan proses P&P.