Sementa – 20/02/2012, Isnin.

Minggu ini adalah minggu ke-8 (M8). Hari ini, proses P&P adalah seperti biasa.

Awal pagi, seawal jam 6.40am; P&P dimulakan hingga jam 8.40 am; Jam 9.00 hingga 10.00 am adalah perhimpunan sekolah. Selepas rehat pertama, proses P&P bersambung seperti biasa.

Beberapa siaran rasmi yang diberitahu semasa perhimpunan rasmi kali ini, antaranya;


  1. Keputusan Kelas terceria & terbaik minggu ke-7 ialah Tg3 Amanah. Catatan: Kelas 3A mempunyai susunan perabot yang kemas, wall of knowledge dan papan maklumat dikemaskini.
  2. Guru bertugas mingguan : Mr Hazeli, Mr George Dominic. Tema: “The importance of discipline”
  3. PIBG- Kutipan yuran PIBG hendaklah dibuat oleh guru HEM. Murid diarah agar memaklumkan ibubapa masing-masing-masing dan mula membuat pembayaran bagi membiayai tabung PIBG untuk aktiviti sekolah sepanjang tahun.
  4. Unit HEM- Tatacara keluar dari kawasan sekolah haruslah melalui borang permohonan rasmi yang disahkan. Semua murid diberi contoh borang sebagai makluman dan mohon agar mematuhi prosedur ini.
  5. TASS- Pemantauan terhadap kutu sampah melalui “Eagle Eyes” untuk memastikan murid terus mengekalkan status sekolah sifar sampah. Murid yang didapati membuang sampah akan diberi demerit sebanyak 20.

Wakil pentadbir yang memberi ucapan pada kali ini ialah En. Markus Sakiah (PK Hem)

Adios…