Kelmarin sya ada postkan isu berkaitan dengan satu sabotage tentang adsense sya.

Kali ini sya mau update sedikit. Sebagaimana sya bagi tau sebelum ini, ada dua website sya yang ‘kena serang’ dengan perbuatan ini.

Sya tidak tahu bagaimana mereka ‘mengklik’ sedemikian banyak dalam masa 12-15 jam (period klik yang banyak adalah sekitar 12-15 jam).

Ada dua saja jangkaan sya tentang cara mereka melakukannya iaitu pertama; mungkin tindakan beramai-ramai dengan motif yang sama – mungkin melalui kenalan.

Kalau ikut kiraan sya, untuk klik berjumlah 3000 kali bagi 12-15 jam; sekurang-kurangnya ada seramai 8 orang sekali dalam 3 minit selama 12 jam barulah mencapai angka itu. Bagaimanapun, kalau ada seramai 20 orang bergabung, mereka hanya perlu 150 klik seorang pun sudah memadai (150×20 = 3000).

Atau cara kedua ialah tindakan individu yang berkemahiran membina software atau memiliki software ‘auto-click’.


Sya pernah membaca software seperti ini khususnya untuk tujuan autosurf  program di beberapa forum antarabangsa seperti kingofdollar dan makingmoneygroup. Individu hanya perlu mengubah code untuk me-’runningkannya!

Secara teorinya, individu boleh mengklik adsense orang lain, apabila mula terpapar iklan (yang masih ada link kod adsense) terus ‘copy’ link tersebut dan meletakkannya dalam software untuk tujuan ‘auto-click’. Lepas itu, hanya perlu menghidupkan PC selama sehari, maka selama itulah applikasi itu bertindak.

Ia macam Expert Advisor (EA) kalau untuk forex. Pada anggapan sya, mungkin cara inilah dia / mereka gunakan. Tujuannya mungkin juga untuk ‘menguji’ software yang dia bina ini. Kalau ini benar; maka dia telah berjaya!

Setakat ini, google adsense masih belum disable atau BAN akaun saya. Namun dalam 1-2 bulan ini, sya risau tiba-tiba adsense google bertindak tanpa pemberitahuan (google selalu bertindak tanpa memberitahu publisher mereka tau).

Justeru itu, bagi persediaan awal, sya membuka hampir 90% kode adsense sya di kedua-dua website sya tersebut. Harap2 lah tiada ada apa2 berlaku; lebih2 lagi saya dalam proses mengeluarkan sebanyak $616.** dollar dari adsense.