Untuk Minggu ke-7 (M7) ini, sya ringkaskan di bawah diari sya dan aktiviti di sekolah!

Isnin (13/02/2012) – saya ambir CRK 1. Rujuk sini apa isu berlaku.

Selasa (14/02/2012);

Proses P&P adalah seperti biasa. Morning Pray awal pagi dari jam 6.40am hingga 7.05am di CR.

Sya terlibat dengan P&P di dua kelas  Pra-U Senior iaitu 6A4 dan 6A2. Semasa di kelas 6A4 (1 masa) untuk pengajian am kertas 2, terdapat perbincangan kami dengan topik ‘kebebasan siber’ dan membuat latihan kefahaman bahagian C.

Untuk 6A2 (2 masa – untuk BM K2), sya memberikan mereka isu perbincangan karangan iaitu berkaitan dengan topik ‘stress’ atau tekanan. Selama 20 minit sya berikan mereka masa berbincang bersama rakan pasangan, kemudian masa selebihnya sya arahkan mereka membentangkan idea2 mereka; selepas itu memberi soalan karangan untuk mereka siapkan sebagai tugasan tambahan.

Rabu (15/02/2012);

Hari ini juga rutin biasa di Sementa – iaitu proses P&P. Pada sebelah petang, terdapat Mesyuarat PIBG – namun sya tidak terlibat. Saya ada 3 kelas dengan 4 masa kali ini iaitu 3A dan 3B untuk Sivik Kenegaraan; dan 6A2 untuk Bahasa Melayu K2.


Bagi kedua-dua kelas 3A dan 3B untuk SK, sya mengajak mereka berbincang dan mengenal ‘tokoh’ sebelum membuat latihan berkaitan dengan isu ini yang terdapat dalam buku teks SK. Senangnya cerita… Bagi kelas 6A2, sya memberikan P&P tentang rumusan; sedikit bangkel dan latihan…

Khamis (16/02/2012);

Macam biasa – proses P&P! Terdapat 4 masa sya untuk hari ini di 3 kelas iaitu tingkatan 1C untuk BKD (mimboros noh dii dusun boh!), 6A3 dan 6A4. Semua proses P&P dalam kelas terlaksana dan diberikan latihan tambahan. Terus bertimbun pula tugasan di atas meja sya – kena check lagilah!

Jumaat (17/02/2012);

Sama juga seperti kelmarin, hari ni proses P&P berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, kelas-kelas tingkatan 1 terlibat dengan pemilihan pelajar yang layak mendapat baju kokum pada masa pertama dan kedua.

Justeru, di kelas 1C sya tidak dapat masuk lah!. Untuk kelas 6A3, proses P&P seperti biasa, bagaimanapun bagi kelas 6A4 telah ditunda. Hal ini disebabkan pelajar2 terlibat dengan training untuk persembahan EYS5 pada isnin minggu depan. Sekian…