Salam blogger semua!

Hari ini sya cuba mengedit dan melakar draf theme bagi salah satu domain baru saya (kira website baru la ni).

Selalunya, sebelum mempublis-kan satu-satu domain baru sya, sya terlebih dahulu mempunyai identiti theme! Mula-mula, sya cari theme yang menarik dan nampak ‘profesional’; lepas itu sya perlu mengedit theme tersebut supaya ada ciri-ciri komersial dan identiti sendiri.

Memanglah ada banyak theme sekarang di internet yang cantik-cantik belaka (terutamanya untuk WP), tapi kalau semua orang ambil theme tersebut sebagai tamplatenya, bagaimana? sudah tentu macam sama saja kan? Jadi, kalau sya, sya kena tukarkannya supaya ia wujud hanya SATU saja di dunia ini. Saya sempat meng-’capture’ lakaran / draf theme sya ni. Sya namakan ia sebagai draf ‘Theme A’.

Ini merupakan lakaran tersebut (di bawah). Kalau kamu perhatikan, nampak macam tiada makna, kan? Sya mau bentukkan theme ini mempunyai 3 slot sidebar, ada featured news, featured-categories (yang bertanda A, B, C, … hingga J), dan dalam single post perlu ada related post.



Setakat ini, theme yang sya edit ini hampir 70% siap. Hanya tinggal menambah beberapa slot ‘featured categories’ sahaja. Namun, ia sudah boleh digunakan untuk melihat ‘paparannya’ dalam online.

Di bawah ini merupakan screen shoot bentuknya di web baru sya tu. Apa yg kamu nampak tu, masih ada kekurangan. Background yang ‘hitam’ tu sebenarnya sya sudah tukar kepada gambar yang cantikkk!


Sebenarnya, saya juga akan menggunakan draf theme ini untuk merevolusi lagi theme bagi edidik.com sya (sya mau bercadang menukarkan theme web edidik.com ini supaya nampak lebih senang update dan ‘mesra pengguna’).

Jadi, sya tambah beberapa bahagian atau slot dalam ‘featured categories’, supaya muat atau memenuhi jumlah kategori dalam edidik.com saya tu.

Di sebelah ini merupakan bentuk draf ‘Theme A’ ini (yang sya ubah & akan edit lagi), yang bakal mengganti theme edidik.com sya nanti.

Bagaimanapun, proses menukar ataupun mengupdate theme edidik.com ni akan sya buat pada pertengahan tahun 2012 ini.

Ok, itu saja untuk kali ini.