Kelmarin petang (11/01/2012 – sabtu), sya pegi pekan Keningau, saja jalan-jalan sambil beli barang-barang keperluan. Macam malas pula pegi kebun hujung2 minggu ni.

Masa sya dalam survey2 barangan di sebuah pasar raya tu, sya terserampak seorang kawan lama, kawan masa saya mengajar di Tenom dulu. Biasalah, kalau jumpa kawan lama ni, macam-macam cerita ada dari A ke Z bah!

Dulu, kawan-kawan saya di sana banyak melabur dalam online yang seperti HYIP tu.

Saya selalu menjadi rujukan mereka kalau sesuatu HYIP atau LYIP tu scam atau tidak. Sebenarnya sya tidak ‘main’ ini bentuk pelaburan; yang sya banyak tertumpu dulu adalah pelaburan forex (pertukaran mata wang asing).

Mereka semua tau sya ni ‘tidur makan bangun makan’ di depan komputer trade forex sejak tahun 2005 dulu (kecuali masa sekolah).

Kemudian keluarlah kata-kata dia ni; “Cly, ko masih trade forex ka? Sya mau suruh ko trade duit sya…sya tidak pandai ba main forex….” Lebih kurang macam itulah kata-katanya. Susah hati pula sya menjawab dia kali ni. Dari dulu mereka mengoffer sya untuk trade duit mereka dalam forex, tetapi sejak dari dulu juga saya tidak mahu ‘pegang’ duit orang untuk ditradekan. Walaupun mereka mengoffer komesyen tinggi, tapi saya menolak. Bukan saya tidak yakin dengan diri saya, tapi kerana satu saja hal – sya tidak mahu tertekan!


Justeru, sya jawab dengan dia secara jujur; saya buat masa ini sibuk jadi saya tiada masa penumpuan untuk trade dalam forex. Ya memang, sekarang ni saya sangat sibuk! Saya terus terang, saya sudah 6 bulan tidak trade atau berurus niaga dalam forex.

Walaupun setiap minggu saya masih lagi mengikuti perkembangan dalam dunia forex dan gold seperti check2 chart dan aliran pasangan matawang yang sya minat (EURUSD, GBPUSD, USDJPY & GOLD); tapi sya tidak melaksanakan trading secara live. Kadang2 hanya demo saja (supaya sya tidak hilang ilmu dalam dunia forex).

Sya tidak mau trade sekarang kerana ada benda lain yang saya mau tumpukan. Lagipun, banyak model saya sudah dikeluarkan untuk pelaburan berbentuk fizikal, perladangan (mungkin hartanah lagi…) sekarang. Projek online saya pun sekarang ni semakin baik (yang bukan forex), begitu juga dengan pertanian sya.

Bagaimanapun, saya tidak mau lupakan bidang forex. Saya akan kembali menceburinya pada masa akan datang; mungkin untuk beberapa bulan atau tahun lagi sehingga saya mantap dengan modal.