SMK Tambunan – Pelancaran Pengisytiharan ‘Sekolah Sifar Sampah’ dan Kempen ‘Saya Anti Kutu Sampah (SAKS)’ 2012!

Hari ini, 11/02/2012 (Sabtu), merupakan hari gantian bekerja untuk SMK Tambunan (Sementa). Pelajar dan guru wajib ke sekolah!

Bagaimanapun, hari ini juga adalah secara rasminya dijadikan majlis untuk  Pelancaran Pengisytiharan ‘Sekolah Sifar Sampah’ dan Kempen ‘Saya Anti Kutu Sampah (SAKS)’ 2012 untuk SMK Tambunan.

Sebelum ini pada 18/01/2012, terdapat 3IN1 Program yang berkaitan dengan majlis ini. Kali ini, Pegawai Daerah Tambunan sendiri, iaitu En. Thomas Angor, yang datang untuk menjayakan majlis ini. Saya bersama-sama dengan Mr. Cyril bertugas sebagai photographer!


Aturcaranya adalah mudah, iaitu;

  • Gotong-royong pelajar dan kelas
  • Pelajar dan guru-guru berada dalam dewan DAG
  • Ketibaan Pegawai Daerah Tambunan, dan sesi bergambar bersama VIP di Foyer sekolah
  • VIP dengan iringan pentadbiran sekolah bergerak ke DAG
  • Di DAG, lagu ‘Negaraku’ dan ‘Sabah Tanah airku’ dinyanyikan
  • Ucapan dan ceramah SAKS dari Pegawai Daerah
  • Gimik pelancaran dan Penyerahan Cenderahati
  • Persembahan Koir ‘Saya Anti Kutu Sampah’ dari 5C
  • Bacaan Ikrar dari Wakil Pelajar berkaitan dengan SAKS
  • Jamuan ringan (VIP dan Pentadbir)
  • Pertandingan Koir antara kelas, kuiz dan cabutan tiket bertuah
  • Sekitar jam 12.10 tengah hari dijangka majlis selesai!

 

Di bawah ini adalah beberapa galeri yang sempat sya upload!