Sepanjang hari dari 08/02/2012 hingga 10/02/2012 (Rabu, Khamis & Jumaat) minggu ini merupakan pelaksanaan Kejohanan Sukan MSSD Tambunan untuk sesi 2012!

Dalam kejohanan kali ini, terdapat 4 buah sekolah menengah yang terlibat delam pertandingan iaitu sekolah sya SEMENTA (SMK Tambunan), SMART (SM. St. Martin); SEMENAM (SMK Nambayan) dan DEWATA (SMK Desa Wawasan).

Walaupun sya tidak berada di Kompleks Sukan Tambunan sepanjang masa pelaksanaan kejohanan ini (hanya pada sebelah petang-petang saja), namun nampaknya ‘bahang’ kejohanan agak klimaks – pertandingan yang sengit! Dalam 3 tahun sebelum ini, SEMENAM saja yang sapu bersih bagi kebanyakan sukan yang dipertandingkan; namun kali ini cabaran sangat sengit menyebabkan mereka terbabas sikit!

Sementa – di tempat ke-3

Keputusan dalam Kejohanan Sukan MSSD Tambunan 2012 kali ini menunjukkan taring DEWATA apabila menjuarainya, diikuti oleh SEMENAM, SEMENTA dan SMART! Kali ini, Sementa telah ‘jatuh’ lagi kedudukannya ke tempat ke-3 (sebelum ini di tempat ke-2). Bagaimanapun, jarak jumlah pungutan antara sekolah-sekolah ini hanya beza 1-2 sahaja.


Tidak apa…cuba lagi tahun depan!

PS: Gallery Kejohanan Sukan MSSD Tambunan 2012 di bawah ini adalah sumbangan oleh Mr.Aloy (Semenam) – TQ bos!