Hujung-hujung minggu lepas (kelmarin) dan hari ni sya sibuk betul pulang balik ke Sook dan Keningau – Tambunan!

Bukan apa, sya belajar ‘mengoperate’ tu mesen yang sya baru beli.

(Dalam gambar – ini la tu mesen tu sya sempat ambil gambar lagi!)

Ini kali lah…sya beli tu Backhoe Case 580F! Versi lama, tapi mahal juga. Ada jugalah keluar beberapa puluh ribu ringgit!


Bagaimanapun, ia penting untuk saya terutamanya kalau sya mau ‘serius’ dengan kebun (dan mungkin nanti menjadi ladang) kelapa sawit saya. Sya memikirkan, ini semua pelaburan….

Masalahnya sekarang, sya masih tidak mahir untuk menggunakannya! hahahha…. Pagi tadi sya cuba-cuba buat parit, tapi memakan masa yang sangat lama (sya rasalah…).

Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi sya akan mahir. Sekarang, sya simpan mesen sya ini dekat rumah jiran – minta dia tulung2 jaga. Hujung minggu ini sya mau pegi lagi sana untuk mengoperate & memahirkan diri ni. Bersemangat pula ni skarang….