Petang tadi selepas balik dari sekolah sya terus ke Keningau untuk ke bank dan bercadang mengeluarkan duit di ASB dalam jumlah yang sedikit besar.

Mula-mula sya pegi ke CIMB Keningau. Punyalah ramai orang, macam tin sardin saja dalam bank. Sya jumpa kerani bank dan dia tunjukkan memo “ASB ditunda buat masa ini kerana …” (entah apa sambungan tu, tapi ia berkaitan dengan urusan BR1M tu laa…). Cit!

Lepas tu sya pegi ke Maybank, di sana pun macam Sardin juga, ramai sangat orang! Juga untuk urusan-urusan ASB masa sekarang ada ‘limit’ pelanggan dia ambil. Sya sudah terlambat, maka tidak dilayan la! (Walhal jam baru saja menunjukkan jam 1.35 petang!) Ceh, kecewa lagi!

Kemudian sya teringat Pejabat Pos. Pejabat Pos juga biasanya ada kaunter ASB. So, sya bergegas ke Pejabat Pos…namun sya teringat di sana hanya maksimum pengeluarannya ialah RM5000.00 saja. Sya cadang mau keluarkan lebih banyak dari itu sebab sya ada benda mau beli. So, sya pegi ke Pejabat ASB Baru di Keningau bertentangan dengan KFC tu. Sya terus ke tempat mengambil nombor, nombor sya ialah 1106 (masa sya ambil ialah sekitar jam 1.45 pm); nombor semasa baru 1044. Apabila sya tanya seorang pelanggan di sebelah sya duduk yang bernombor 1062, dia kata dia di sana sejak jam 9.45 pagi lagi. Waduh, dalam hati sya ini Pejabat ASB Baru di Keningau ni teruk ni!

Sementara menunggu, perut sya berkeroncong tanda lapar, setelah fikir2 seketika, sya keluar dari Pejabat ASB Baru di Keningau dan ke Restoran Wangi Nasi Ayam untuk makan. Sekitar jam 2.45 PM sya kembali semula ke Pejabat ASB Baru di Keningau untuk menunggu giliran nombor sya. Apabila tengok running nombor, ia hanya baru 1057. Astaga, siput betul ni Pejabat ASB Baru di Keningau ni! Bayangkan, orang yang datang jam 9.45 pagi dengan nombor 1062 belum lagi sampai gilirannya walaupun masa sudah menunjukkan hampir jam 3.00 petang! Gila! Mana tu piagam pelanggan diorang ni!


Sya menunggu dengan sabar. Ramai orang yang sudah bosan dan sudah keluar dengan raut di wajah mereka tidak puas hati. Kebanyakan mereka tu warga tua pula! Disebabkan ramai sudah keluar (kerana bosan dan letih menunggu), maka mudahlah sikit sampai ke giliran saya. Sekitar jam 4.13 pm sampailah giliran sya.

Semasa sya beri borang ‘jualan balik’ ASB, kakitangan tu tengok muka sya dan hairan sambil berkata; ‘encik, tidak boleh keluar duit lebih RM5000.00′. RM5K saja maksimum sehari, katanya! Chit! Chit sial! Hati sya menyumpah-nyumpah. Apa ni, Pejabat ASB pun macam itu ker? sudahpun lama menunggu? Daripada macam tu sya tunggu lama, bagus sya ambil di Pejabat Pos Tambunan saja! Ingatkan ia tiada limit seperti di CIMB atau Maybank yang ada limit sehingga RM25k!

Huh, nampaknya susah sangat ambil duit dari ASB hari ini! Tapi yang paling sya tidak puas hati ialah cara khidmat kakitangan-kakitangan di Pejabat ASB Baru di Keningau, semuanya macam SIPUT, lambat, tidak cekap, membelakangi piagam pelanggan dan macam-macam lagi. Ini yang sya dapat lihat melalui pengalaman sya pada hari ini.