Sya sebenarnya tidak mau post maklumat ini lebih-lebih lagi ia sikit saja berbanding dengan orang lain yang lebih USD10k tu. Lagipun nanti ada orang mengata sya ni sengaja ‘menunjuk-tunjuk’ atau riak diri saja.

Bagaimanapun sya berpandangan positif! Sya mahu ia menjadi pemangkin diri sya supaya lebih berusaha dalam mana-mana project online. Supaya juga memotivasikan diri saya dan kawan-kawan sya. Juga menjawab pertanyaan seorang sahabat sya di Keningau tu, untuk ko geng, ini saja la pendapatan sya. Ada seorang Sabahan yang berasal dari Tambunan ini boleh mendapat lebih RM15k sebulan, dan itu juga pemangkin sya…

Bulan ini (sehingga 29/01/2012);  jumlah side income saya hanya sekitar USD392.18 saja (atau RM1207.** kalau dikira 1dolar=3.09). Ini adalah bulan ketiga saya memperolehi lebih daripada RM1k sebulan dalam aktiviti online ni. Bukanlah banyak sangat, tapi boleh la membantu dalam membayar bil2 semasa.


Income sya dalam adsense nampaknya menurun lagi. Bulan disember lepas, sya berjaya lagi memperolehi lebih USD250.00 dalam adsense, tapi kini ia merosot lagi. Affiliate sya bulan ni meningkat pula, ia semuanya melalui pembelian domain & hosting, FGT dan sebikit ebook. Bulan ini sya sudah membuang kontera dan menggantikannya dengan infolinks, juga lain2 adalah dari chitika etc… Nampaknya untuk masa-masa akan datang, sya kena berusaha lagi la.