28/01/2012 (Sabtu); Hari ni saya pegi ke kebun kelapa sawit sya lagi, mau pegi ‘memoom’ (sembur racun) dan tabur baja sikit-sikit.

Macam biasa lah, kalau sya ada masa terluang dan bosan melayari internet, sya mencari peluang ke kebun kelapa sawit saya.

Awal pagi saya bertolak dari Tambunan pegi ke kebun sya di Sook. Di Keningau, sya breakfast dulu dan ‘tapau’ nasi + sayur daging.

Perjalanan lebih kurang memakan masa 75 minit (sya berhenti-henti lagi…). Lama juga la, tapi sya anggap ia sebagai ‘enjoy time’ saja.

Saya sempat sembur racun di beberapa sudut kebun sawit – yang berlalang tu – ada jugalah dalam 3 tong (mungkin dalam 150-180 liter tu mangkali…). Tetapi menyembur racun sekarang senang sebab sya ada mesin penyembur, mudahlah sikit kerjanya. Kemudian, lepas tu tabur baja beberapa baris sawit. Sya mau dia subur dan gemuk2 belaka!


Sempat juga sya mengambil beberapa gambar sebagai memori sawit sya ni pada usia sekarang! Saya menanam kelapa sawit sikit-sikit bermula awal tahun 2010, dan selesai Jun 2010 (maklumlah, sikit-sikit tanam…lagipun untuk ‘enjoy2′ saja kan).

Pada usianya sekarang menghampiri 2 tahun (ada yang baru 1 tahun 7 bulan), nampaknya sudah ada yang mula berbunga. Kalau cukup penjagaan, mungkin penghujung tahun ini sudah ada yang akan mengeluarkan hasil.

Di bawah ini adalah galeri kebun kelapa sawit sya tu…