Kelmarin saya membeli satu barangan di ebay, iaitu Power inverter DC 12V AC 220v  3000W ( Peak 6000W) with battery charger! Seller sudahpun mengirimkannya menggunakan FedEx, dan berdasarkan tracking number yang diberi, ia dijangka sampai ke tempat saya pada 18/1 atau 19/1 ini.

Saya sudah lama mencari Inverter bersama-sama dengan battery charger yang berkuasa tinggi dan  berharga murah. Saya ada sebiji di rumah sekarang yang berkapasiti 1000w (saya beli di kedai di pekan Tambunan, dengan harga RM650.00). Apa yang saya tahu, harga di ebay banyak yang murah berbanding dengan di kedai-kedai lokal kita. Inverter yang sya beli ini berkapasiti 3000w continuous Power (dan Surge Power Capacity ialah 6000w). Ia juga boleh digunakan untuk charge battery 12v! Dan yang penting, harganya hanya USD177.00 atau RM557.00. Tengok, ia jauh lebih murah berbanding dengan 1000w yang saya beli di kedai lokal!

Oh ya, kenapa pula saya mencari inverter? Tiada bekalan elektrik ka? Oh, sebenarnya tidak! Saya sebenarnya suka dengan inovasi-inovasi baru terutamanya yang berkaitan dengan ‘green energy’ atau renew energy! Untuk makluman kawan-kawan, saya sedikit mahir dalam membuat solar panel. Pada tahun 2009 saya mula belajar mengenali solar cell dan membuat solar panel – cuma belajar-belajar saja pada masa itu.


Di atas ini ialah contoh solar panel yang saya buat pada mula-mula dulu (namun sekarang ini saya membuat dengan melapiskannya dengan Sylgard 184 (iaitu salah satu Solar Cell Solar Panel Encapsulation kits). Di kebun dan di sulap sana kampung saya sekarang mempunyai beberapa panel solar yang saya pasang sendiri – untuk mendapatkan tenaga elektrik percuma!). Ketika ini, ia menghasilkan sekitar 500w per jam, dan ia boleh disimpan dalam bank battery!

Berbalik kepada inverter yang berpower 3000w ini, ia saya gunakan untuk menukar power dari DC12V kepada AC 200v (dari bank battery – yang di’cas’ oleh solar panel!). Dengan kapasiti 3000w, seluruh keperluan elektrik rumah yang berada di bawah 3000w dapat di-supply-kan! Ini termasuklah peti ais, LED TV 42inci, PC dan sebagainya; dan yang paling penting, ia free!